ARTIKEL

Semak semula dasar pengeluaran KWSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyeru agar dasar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata pengeluaran satu pertiga daripada simpanan KWSP untuk ahli yang mencapai umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun diperkenalkan apabila umur persaraan adalah 55 tahun.

“Pada Julai 2013, kerajaan menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun tetapi dasar pengeluaran untuk umur 50 dan 55 tahun kekal.

Dasar sedemikian membawa kepada dakwaan bahawa pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi apabila mereka bersara pada usia 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata, program berkaitan Covid-19 menjejaskan simpanan ahli KWSP sekitar RM145 bilion.

“Penting bagi ahli KWSP untuk membina semula simpanan persaraan mereka dan MEF menyokong penuh keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran seterusnya daripada simpanan KWSP yang bertujuan untuk hari tua,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Hussain berkata bahawa MEF yakin bahawa tiada krisis masalah tunai dalam KWSP kerana dana persaraan itu kekal kukuh dari segi kewangan walaupun empat pengeluaran khas berkaitan wabak Covid-19 dilaksanakan.

Beliau berkata, walaupun prestasi pasaran ekuiti yang lemah pada 2022, strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi berkesan dalam memastikan pulangan yang munasabah ke atas pelaburannya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan