ARTIKEL

Semakin ramai daftar jadi ahli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tellian Ulu menerima lebih 70 ahli dan sehingga kini sudah membuka penyertaan kepada penduduk di sekitar untuk menjadi ahli.

Penolong Pengurus PEDi Tellian Ulu Evelyn Hillary berkata, ia sekali gus membolehkan penduduk menyertai atau menggunakan kemudahan di pusat berkenaan.

Evelyn Hillary

“Penduduk di Daerah Mukah khasnya penduduk Kampung Tellian juga digalakkan untuk meletakkan produk jualan mereka di rak atau almari di dalam bangunan pusat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, PEDi Tellian Ulu yang dibuka pada setiap hari kecuali cuti umum sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti.

“Fungsinya masih sama iaitu membantu komuniti untuk mahir dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi serta membantu usahawan komuniti untuk menggunakan platform digital sebagai tempat menjual barangan mereka.

“Pendaftaran ahli hanya RM5 seumur hidup yang menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Penggunaan Komputer dan Internet, mencetak, fotostat, binding, laminat, mengimbas dokumen, resume, dan sewa bilik latihan.

“Aktiviti dan program yang disediakan ialah seperti kelas Microsoft Office, Kelas usahawan, kelas Adobe Photoshop dan sebagainya.

“Ada juga perkhidmatan tambahan seperti format PC, pembersihan dalaman PC, pemasangan Microsoft Office dan naik taraf Ram komputer.

Evelyn memberitahu, mana-mana penduduk yang ingin meletakkan barangan jualan hendaklah mendaftar sebagai ahli PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah dengan yuran keahlian hanya RM5 sahaja seumur sehidup.

“Pihak PEDI juga akan membantu anda untuk mempromosikan produk atau barangan anda secara dalam talian dan luar talian.

“Anda digalakkan untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa barangan anda juga turut dijual di PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah,” tambahnya.

Selain itu jelasnya lagi, tanda harga produk anda akan disediakan oleh pihak PEDi dan bagi yang menjual barangan atau khidmat seperti penghantaran jambangan bunga, kek, pakaian dan lain-lain yang perlu ditempah dahulu.

Pelanggan boleh meninggalkan risalah di PEDi Kampung Tellian Ulu di sini. Untuk sebarang pertanyaan hubungi PEDI kami di talian www. wasap.my/+60128875820/BoxPEDi, Mohammad Aniq Amsyar dan www. wasap.my/+60166018920/BoxPEDi , Evelyn Hillary.

Jelasnya lagi, seramai 10 pelajar sekolah menengah di sini akan menyertai Bengkel Asas Powerpoint di PEDi bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang, di pusat berkenaan.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup