ARTIKEL

Dato’ Sri Huang menyapa mesra tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PBB N.45 Repok di Sarikei, pada Ahad.

Semangat perkauman rakyat Sarawak jadi contoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sokongan padu rakyat Sarawak amat diperlukan bagi membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negeri ini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian, Dato’ Seri Huang Tiong Sii.

Beliau berkata, kepesatan pembangunan Sarawak ketika ini bertitik tolak daripada kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan, Premier Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Openg sekali gus memastikan masa depan rakyat lebih sejahtera dan terjamin.

“Secara tidak langsung, rakyat mendapat manfaat hasil kesungguhan kerajaan menjayakan agenda pembangunan dengan melaksanakan pelbagai projek dan inisiatif baharu.

“Usaha berterusan itu memastikan rakyat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.45 Repok, di Dewan Serbaguna Kampung Seberang di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, musim perayaan merupakan masa terbaik untuk semua kaum meningkatkan pengetahuan mengenai adat resam, kebudayaan, amalan tradisi dan agama.

Suasana penuh harmoni itu katanya, membantu memperkukuh perpaduan kaum sekali gus menjadikannya satu aset penting negara yang harus dipelihara.

“Sarawak bukan sahaja dikenali sebagai satu wilayah yang aktif dalam pembangunan sosial dan ekonomi, tetapi juga terkenal dengan kemesraan dan keharmonian antara kaum.

“Kita dapat melihat mereka dapat hidup bersama, saling bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Keunikan itu menjadikan Sarawak sebagai contoh semangat perkauman yang harmoni di Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok.

Hadir sama, Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin dan lebih 500 penduduk.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)