ARTIKEL

Antara kontinjen-kontinjen yang memeriahkan Perarakan Gawai Dayak Daerah Lundu 2024, hari ini.

Semangat perpaduan berbilang kaum terus diperkukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Cuaca mendung dan hujan tidak mematahkan semangat masyarakat tempatan yang berbilang kaum untuk menjayakan Perarakan Gawai Dayak Daerah Lundu 2024, hari ini.

Perarakan yang bertemakan Bisamah Otto Maju Mujur Pakat Baya Nuju Pemansang atau Bersama-sama Terus Maju Menuju Kemajuan itu menyaksikan ratusan peserta berkumpul seawal jam 6 pagi.

Disertai sebanyak 29 kontinjen, perarakan yang penuh warna-warni itu diserikan lagi dengan peragaan pelbagai variasi busana tradisional oleh sekitar 725 peserta yang terlibat.

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Opar, Billy Sujang yang turut menyertai perarakan bermula pada sekitar jam 7.30 pagi di Stadium Terbuka Lundu, seterusnya mengelilingi pasar Lundu, dan kembali semula ke Stadium Terbuka Lundu.

Menurut Billy, perarakan itu adalah antara dua segmen sambutan perayaan Gawai Dayak Peringkat Daerah Lundu Tahun 2024 yang dijadual berlangsung hari ini, 22 Mei.

“Sambutan awal tersebut bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan berbilang kaum di Daerah Lundu dan Sematan.

“Sambutan ini merangkumi dua segmen iaitu Perarakan Gawai Dayak Daerah Lundu dan juga Majlis Makan Malam Gawai Dayak Daerah Lundu 2024,” katanya.

Sementara majlis makan malam yang dijadual berlangsung pada 7 malam ini akan dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertempat di Dewan Masyarakat Lundu.

Antara lain objektif penganjuran program tersebut ialah mempromosikan keharmonian dan kepelbagaian kebudayaan yang terdapat di daerah berkenaan.

Antara kontinjen menyertai ialah Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Narakng Salako, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Persatuan Masyarakat Rara dan Salako (Perasa), Jagoi Batan Kayan, Kelab Jejak Warisan Khazanah Salako Rara, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) dan Serumpun Dayak Gunung Gading (SDGG).

Turut serta, Komuniti Cina Daerah Lundu/ Sematan, Kelab Veteran Zon Batang Kayan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bidayuh 1 dan 2, Dayak Muslim Daerah Lundu, KMKK Melayu Daerah Lundu/ Sematan, Komuniti Rara Lundu, RABAN, Majlis Daerah Lundu, SMK Lundu, SMK Sematan, SMK Senibong dan Pasukan Gong Selampit.

Juga memeriahkan ialah Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Lundu, Pejabat Daerah Lundu, Pencak Anak Sebuyau, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Pekan Lundu, Persatuan Dayak Gunung Serumpun, Dayak Borneo Culture and Charity Club, Persatuan Tambak Baya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lundu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU