ARTIKEL

Semangat perpaduan majukan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Semangat perpaduan menjadi aset berharga yang berupaya membangunkan Sarawak seperti yang kita kecapi pada hari ini, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Timbalan Premier itu berkata, pelbagai pembangunan dan kemajuan yang berjaya dicapai dan naratif pembangunan Sarawak juga dapat dilihat sepanjang enam dekad sejak merdeka tahun 1963 hingga kini.

“Walaupun kepimpinan silih berganti namun resipi perpaduan ini amat mujarab sehingga kita berupaya membangunkan Sarawak seperti yang kita lihat pada hari ini.

“Di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak akan terus maju mengorak langkah dan bakal menyaksikan pelbagai kemajuan pada masa hadapan selaras dengan slogan ‘Sarawak Maju Makmur,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang di Hotel Seri Malaysia di sini semalam.

Tambahnya pula, Sarawak berada di landasan yang betul iaitu dalam kerajaan perpaduan yang menggagaskan Malaysia Madani.

“Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa, warna kulit dan sebagainya namun semangat perpaduan yang diamalkan sejak dahulu telah membuktikan bahawa kerajaan telah berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada sehingga kita dapat hidup dengan aman dan damai serta bersama-sama membangunkan negeri dalam tempoh 60 tahun ini.

“Dalam konteks negara pula, kepelbagaian yang ada ini mesti diadun sebaiknya supaya Malaysia dapat dibina atas kesepaduan, keharmonian, kesejahteraan dan kebahagiaan seluruh rakyatnya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menegaskan masyarakat agar segera menangani sebarang perselisihan atau perbezaan yang muncul dengan bijaksana tanpa mengguris atau menyinggung mana-mana pihak.

Selain itu, beliau turut berkata sebarang usaha provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan dan ketegangan mesti dijauhi dan dan dielakkan serta menggesa rakyat agar sentiasa menghormati dan mematuhi segala Perlembagaan Persekutuan dan undangundang yang telah termaktub. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan