ARTIKEL

Pengerusi AZAM Sarawak Datuk William Patrick Nyigor (tengah) merakam gambar kenangan bersama hadirin sempena Sembang Kopi Media 2024.

Sembang Kopi Media 2024: Galak dialog, pertukaran ilmu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sembang Kopi Media 2024 yang diadakan di sini, semalam memainkan peranan penting dalam menyebar maklumat berhubung pelbagai isu dari agensi kepada masyarakat umum.

Bertemakan “Menyegarkan Kewartawanan Sarawak: Merapatkan Perspektif, Memperkukuh Komuniti,” perbincangan tersebut menghimpun rakan media Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) di bawah Jawatankuasa Pembangunan Komunikasi bagi sesi 2022-20224.

Timbalan Pengerusi AZAM Datuk Norhyati Ismail berkata, program tersebut merupakan langkah penting bagi AZAM dalam memupuk kerjasama kukuh bersama media.

“Melalui komunikasi terbuka, kerjasama dan komitmen bersama dalam mengukuhkan agenda kerajaan dan kepelbagaian suara masyarakat, kami percaya pencapaian luar biasa dapat dicapai,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh ahli AZAM, Ali Suhaili.

Sembang kopi ini bukan sahaja mewakili pencapaian penting dalam menggalakkan kerjasama dan meningkatkan standard dalam komuniti wartawan Sarawak tetapi juga menekankan kepentingan menyampaikan berita secara beretika dengan tumpuan kepada profesionalisme kewartawanan.

Objektif utama acara ini adalah untuk menggalakkan dialog dan pertukaran ilmu antara wartawan veteran dan muda, serta untuk mengesahkan komitmen AZAM untuk mengukuhkan kerjasama dengan media, agensi kerajaan, dan institusi berkaitan dalam bidang komunikasi.

Baca lain  Koronavirus: Sarawak tolak 42 pelawat

Acara setengah hari ini turut menampilkan individu yang tidak asing dalam industri media tempatan sebagai panel seperti Rudi Affendi Khalik, Sarah Hafizah, Noratikah Ashari, Firdaus Arasy dan Nancy Nais.

Dua sesi berinformatif turut diadakan iaitu “Introduction and Understanding the Current Scenario of Journalism in Sarawak” dan “The Way Forward for Journalism in Sarawak.”

Sesi ini bertujuan untuk menggalakkan pengamal media tempatan berkongsi pendapat mereka, sama ada dari media cetak atau elektronik, bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam melaporkan berita, memastikan akses dan pemahaman di kalangan masyarakat umum.

AZAM Sarawak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan pihak berkepentingan atas penyertaan yang bersemangat dalam menjayakan Sembang Kopi Media 2024.

Acara ini mencerminkan komitmen berterusan AZAM untuk mengukuhkan landskap media yang dinamik dan profesional di Sarawak.

Sembang Kopi Media 2024 turut menjemput panel seperti Rudi Affendi Khalik, Sarah Hafizah, Noratikah Ashari, Firdaus Arasy dan Nancy Nais sebagai panelis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Isu DNB diputuskan minggu depan – Anwar

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri