ARTIKEL

LOKASI PENUTUPAN…Antara lokasi penutupan jalan sempena Perarakan Gawai Dayak 2024.

Sembilan jalan utama di Bandaraya Kuching akan ditutup Sabtu, Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sembilan jalan utama di sekitar Bandaraya Kuching bakal ditutup Jumaat dan Sabtu ini sempena Perarakan Gawai Dayak 2024.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, perarakan bakal bermula di hadapan bangunan Tun Jugah dan akan melalui Jalan Abell; Jalan Tunku Abdul Rahman; Jalan Main Bazaar dan berakhir di Jalan Gambier.

“Antara jalan tersebut adalah Jalan Market/ Jalan Masjid; Jalan Old Court House/ Jalan Khoo Hun Yeang; Jalan Carpenter; Jalan Wawasan/ Jalan Lebuh Wayang; Jalan Main Baazar; Jalan Padungan/ Jalan Bukit Mata; Lampu Isyarat Jalan Abell/ Jalan Petanak serta Bulatan Sri Aman/ susur masuk Jalan Abell.

“Jalan-jalan itu akan ditutup pada Jumaat bermula jam 2 petang hingga selesai raptai manakala keesokan hari, penutupan bermula pada jam 6:30 pagi sehingga selesai program,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mancha, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga akan turut hadir bersama-sama 108 kontinjen dari etnik Dayak semasa perarakan itu nanti selain diff-diff kenamaan lain.

Sehubungan itu kata Mancha, orang ramai diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sepanjang laluan perarakan berlangsung.

“Pengunjung disarankan meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan awam seperti Reservoir Park; bangunan Saujana; Taman Budaya; tempat letak kereta Top Spot; medan letak kereta Sarawak Plaza; Dewan Suarah; bangunan Tun Jugah; bangunan Medan Pelita; medan letak kereta Plaza Merdeka serta medan letak kereta Plaza Arora,” katanya.

Atas dasar keselamatan kata Mancha, orang ramai dilarang menerbangkan dron tanpa kebenaran dan perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAA).

Orang ramai juga katanya, dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas.

“Penutupan dan lencongan jalan akan dibuka semula bergantung dengan keadaan semasa,” katanya.

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan