SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Sembilan keluarga sehelai sepinggang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Tiong meninjau dua buah rumah sewa yang musnah terbakar di Lorong 3 Kampung Baru Tengah, di sini kira-kira jam 1.12 petang tadi.
Tiong meninjau dua buah rumah sewa yang musnah terbakar di Lorong 3 Kampung Baru Tengah, di sini kira-kira jam 1.12 petang tadi.

BINTULU: Seramai 42 orang daripada sembilan keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah sewa yang didiami mereka di Lorong 3, Kampung Baru Tengah musnah terbakar, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 1.12 petang sebelum mengerahkan 16 anggota ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba menggunakan empat aliran dan nozel pam dari jentera dan pili bomba untuk memadam kebakaran.

“Namun kedua-dua rumah itu gagal diselamatkan dan musnah terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Katanya sebuah rumah adalah didiami oleh 21 orang iaitu 11 lelaki, tujuh wanita serta tiga kanak-kanak lelaki.

Manakala sebuah lagi rumah juga didiami 21 orang iaitu enam lelaki, enam wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Bagaimanapun, Wan Kamaruddin berkata kesemua mangsa adalah selamat.

Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing yang dimaklumkan mengenai insiden malang itu segera turun padang bagi meninjau keadaan.

Baca lain  Program perumahan tangani masalah setinggan

Bahkan, beliau menerusi Pegawai Khasnya, Steven Kong Kai Seng turut menyerahkan bantuan kilat berbentuk wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru