Sembilan lelaki tempatan main judi berjaya dicekup di Kuching

KUCHING: Polis menahan sembilan lelaki tempatan dalam serbuan ke atas sebuah kasino mini di sebuah rumah di Taman Sik Juan Jalan Foochow, semalam.

Serbuan sekitar jam 5 petang itu dilakukan oleh pasukan dari Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (JSJ IPK) Sarawak dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong berkata kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati rumah berkembar dua tingkat itu mempunyai satu bilik berasingan di ruang belakang yang dijadikan sebagai kasino mini.

SERBU… Rumah jenis semi-D dua tingkat diserbu

 

TAHAN… suspek ditemui sedang leka bermain judi di sebuah bilik ketika serbuan dijalankan

Suara Sarawak