ARTIKEL

Sembilan lokasi bazar Ramadan SEDC tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyediakan sebanyak sembilan lokasi bazar Ramadan di seluruh negeri pada tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata, jumlah berkenaan membabitkan lapan bahagian di Sarawak yang akan beroperasi sepanjang bulan puasa.

LAWATAN… Abdul Aziz melawat gerai-gerai jualan Bazar Ramadan SEDC di UTC Kuching semalam.

“Bazar Ramadan SEDC bukan sahaja diadakan di Kuching tahun ini namun turut diadakan di beberapa bahagian iaitu di Sri Aman, Sibu, Bintulu, Limbang, Miri, Marudi dan Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook SEDC hari ini, selepas menyempurnakan Program Perasmian Bazar Ramadan SEDC di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching di sini, semalam.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, antara lokasi bazar Ramadan SEDC adalah di UTC Kuching, Menara SEDC, Medan Niaga Sri Aman, Medan Niaga Sibu, Medan Niaga Bintulu, Medan Niaga Miri, Medan Niaga Marudi, Medan Niaga Limbang dan Medan Niaga Lawas.

“Bazar Ramadan SEDC merupakan program tahunan yang diadakan untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak,” ujarnya.

Hadir sama Pengurus Besar SEDC, Datuk Abdul Hadi Abdul Kadir dan Timbalan Pengurus Besar SEDC Rakayah Hamdan.

Baca lain  SAR selamatkan lelaki terjatuh dari Jambatan Lutong diteruskan

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang