ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli.

Sembilan remaja ditahan, disyaki terlibat dalam kes buli di Spaoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Sembilan remaja yang disyaki terlibat dalam kes buli di Spaoh yang tular di media sosial ditahan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli, berkata dengan penahanan tersebut, kes tersebut dianggap telah selesai.

“Kesemua sembilan suspek ditangkap antara pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang tadi,” menurutnya dalam satu kenyataan, malam ini.

Memandangkan kes melibatkan juvana, jelasnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai untuk arahan seterusnya.

Terdahulu, seorang remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa buli telah membuat laporan polis di Balai Polis Betong, pagi tadi.

Mangsa, seorang remaja dalam lingkungan 14 ke 15 tahun itu, bertindak sedemikian selepas dibuli sekumpulan remaja.

Zamry turut memaklumkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Sementara kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Dalam rakaman video tular di Tiktok dan Facebook yang dikesan awal pagi tadi, seorang remaja lelaki telah ditampar beberapa kali di bahagian muka dan kepala oleh seorang individu.

Rakaman tersebut juga telah memaparkan beberapa remaja lelaki lain yang turut berada di tempat kejadian.

Zamry meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP