ARTIKEL

Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang – sumber Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINAI: Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang, kata sumber dari Mesir dan pihak berkuasa sempadan di Gaza pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

Maklumat diperoleh setelah Israel memulakan langkah untuk mengosongkan Bandar Rafah di selatan Gaza, yang bersempadan dengan Mesir, menjelang operasi ketenteraan Israel yang dijangka dilaksanakan di sana. 

Seorang sumber keselamatan Mesir menafikan laporan Mesir menutup laluan sempadan, sambil menambah trak bantuan kemanusian telah menyeberang masuk ke Gaza.

“Kerja-kerja masih berjalan di laluan Rafah, dan pintu pagar sempadan Mesir telah dibuka untuk bas penumpang,” kata pihak berkuasa sempadan di Gaza dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai bulan sabit merah berkata 40 trak membawa bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan telah menyeberangi sempadan setakat ini sementara 250 lagi trak sedang dipersiapkan.

Lebih 1,000 orang telah menyeberang dari Gaza ke Mesir, termasuk 800 orang Palestin selain warga Mesir dan negara lain kata organisasi itu sambil menambah 25 pekerja bantuan kemanusiaan telah menyeberang masuk ke Gaza.  

Baca lain  TB: Pejabat Kesihatan Jakarta syor pemakaian pelitup muka

– Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim