Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Sempat berpaut pada baldi sebelum hilang ketika memukat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pasukan SAR melakukan operasi pencarian.

SARIKEI: Seorang pesara guru sempat berpaut pada baldi sebelum dilaporkan hilang di Sungai Kanowit, Nanga Meluan, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Arim Badok, 70, dari Rumah Isah Nanga Bilat, di sini.

Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, kejadian disedari rakannya yang ketika itu bersama mangsa memasang pukat.

“Dia sempat melihat mangsa berpaut pada baldi dalam jarak kira-kira 30 meter sebelum hilang.

“Rakannya cuba mencari dan menyelamatkannya namun gagal sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nicholas berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 malam.

Sebaik tiba di lokasi katanya, bomba melakukan pencarian di atas permukaan air namun, gagal menemui keberadaan mangsa.

“Pencarian turut dibantu penduduk kampung dengan menggunakan tiga buah bot panjang.

“Operasi bersambung hari ini, selepas ditangguhkan akibat keadaan persekitaran yang gelap dan hujan,” tambahnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru