ARTIKEL

WIRA / WIRAWATI… Sepuluh pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Lumut pada Selasa.

Semua 10 jenazah mangsa nahas helikopter selamat disemadikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut pada Selasa selamat disemadikan, hari ini.

Proses pengebumian jenazah mangsa terakhir iaitu mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan selamat menjalani upacara pembakaran di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan 12.30 tengah hari.

Upacara sembahyang dilaksanakan bermula 9 pagi di rumah waris mendiang di Sitiawan, Perak sebelum jenazah dibawa ke Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram diiringi anggota kawalan TLDM untuk penghormatan terakhir.

Sementara itu, penghormatan terakhir mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna dilakukan ketika upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh, Serian, Sarawak pada 11.33 pagi.

Terdahulu, lapan daripada 10 kru yang beragama Islam dikebumikan di tanah perkuburan kampung halaman masing-masing mengikut istiadat ketenteraan TLDM sebagai penghormatan terakhir.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh.

Kenderaan milik TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jenazah bergerak ke beberapa lokasi pengebumian pada 6 petang semalam (Rabu) dengan diiringi polis.

Pengibaran bendera separuh tiang dilaksanakan sejak 24 April dan tamat sejurus upacara pengebumian terakhir pada hari ini selesai.

TLDM sekali lagi mengucapkan salam takziah kepada keluarga 10 wira TLDM yang terlibat dalam tragedi ini. Pemergian mereka amat dirasai oleh seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia.

Mereka yang terkorban ialah Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad; Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi (Kuartermaster Udara Skuadron 502); Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin; Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd Marzukhi; Kuartermaster Udara Skuadron 503, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun; Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy (Depot Bekalan Armada Barat) serta Bintara Muda Nor Rahiza Anuar (Depot Bekalan Armada Barat).

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri