Semua Adun negatif Covid-19

KUCHING: Kesemua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan adalah negatif Covid-19.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ia berdasarkan keputusan ujian calitan Covid-19 yang dijalankan oleh kesemua Adun pada 6 dan 7 November lalu.

“Tiada siapa antara mereka (Adun) yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat sempena Persidangan DUN di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Kesemua Adun telah diwajibkan menjalani ujian calitan Covid-19 sebagai langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko wabak sebelum menghadiri Persidangan DUN pada 9 hingga 13 November ini.

UJIAN CALITAN COVID-19… Adun Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menunggu giliran untuk menjalani ujian calitan Covid-19 di Bangunan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sarawak, di sini pada 6 November lalu.

Suara Sarawak