ARTIKEL

Semua agama dijaga, kekalkan keharmonian dan perpaduan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Rakyat daripada pelbagai agama di negeri ini digesa untuk terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan.

Bercakap semasa menyerahkan cek Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Gereja St John, Sibu di sini semalam, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, tiada isu kebencian antara agama di Sarawak setakat ini.

“Kita berharap ia tidak akan berlaku di sini. Ini kerana tiada agama di dunia ini mengajar kita saling membenci sesama manusia.

“Memandangkan sambutan Krismas menjelang tidak lama lagi adalah penting saya sampaikan mesej untuk mengajak rakan-rakan daripada agama lain untuk bersama-sama dengan rakan Kristian untuk meraikannya bersama,” jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak itu.

Beliau mahu semangat toleransi dan perpaduan rakyat Sarawak dapat menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Mengambil contoh dirinya sebagai seorang Islam yang datang ke gereja untuk menyerahkan cek tersebut, beliau mengatakan ia sedikit pun tidak menggugat kepercayaannya.
Dr Annuar mengatakan beliau sekadar datang hendak membantu serta menghormati agama lain.
Sementara itu, beliau memberitahu bahawa cek yang diserahkannya itu adalah berjumlah RM70,000 bagi membantu projek ubah suai dan naik taraf gereja.

Jelas beliau, ini merupakan kali kedua UNIFOR telah mengagihkan sumbangan kepada gereja tersebut.

Dengan sumbangan sedemikian, beliau berkata, ia adalah komitmen Kerajaan Sarawak melalui UNIFOR untuk memastikan semua agama di Sarawak dijaga.

“Saya difahamkan gereja ini masih memerlukan RM200,000 lagi untuk tujuan itu dan saya akan bantu mereka memaklumkannya kepada UNIFOR.

“Gereja ini antara gereja tertua di Sibu yang mula dibina pada 1965,” ujar Adun Nangka itu.

Dr Annuar telah menyerahkan cek tersebut kepada paderi penguasa Gereja St John, Sibu Archdeacon Joseph Dusit Ijau sambil disaksikan oleh ahli jawatankuasa gereja yang lain.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.