ARTIKEL

Semua agensi perlu bersiap siaga hadapi sebarang bencana 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming menggesa  semua agensi supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku bencana semasa musim angin Monsun Timur Laut.

Beliau berkata, penekanan harus diberikan kepada perancangan persediaan dalam menghadapi musim bencana yang mendatang.

Jelasnya, keselamatan serta kebajikan mangsa perlu dititikberatkan di samping kesiapsiagaan semua agensi khususnya pemberi bantuan dalam menguruskan sumber dan logistik.

“Penyelarasan menyeluruh oleh semua agensi yang terbabit amat penting  khususnya membabitkan  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semua jabatan dan agensi perlu memberikan sepenuh sokongan kepada agensi yang terbabit secara langsung seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan lain-lain pasukan keselamatan yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian angin ribut yang menerbangkan bumbung tingkat lima di enam  blok Pangsapuri Iris Garden di Jalan Sultan Iskandar, di sini, petang tadi (Khamis).

Dalam pada itu, beliau turut menggesa 24 keluarga membabitkan 108 mangsa berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 yang telahpun dibuka sejak jam 4 petang tadi.

Ini katanya, bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini daripada  berlaku sambil menambah  sekiranya mangsa masih mendiami kediaman mereka yang terjejas,dikhuatiri akan menjejaskan lagi keselamatan mereka.

Dalam kejadian kira- kira jam 2 petang tadi,  bumbung tingkat lima di enam blok  Pangsapuri Iris Garden tercabut dan berterbangan akibat ribut.

Insiden itu turut menyebabkan tiga kenderaan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU