ARTIKEL

Semua jemaah haji Malaysia selamat tiba di Arafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia kini berada di bumi Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau membuat tinjauan ke khemah para jemaah haji Malaysia dan mendapati jemaah dalam keaadaan yang baik dan bersedia untuk berwukuf.

Tempoh wukuf di Arafah hari ini bermula pada 12.23 tengah hari hingga 7.05 malam waktu Arab Saudi atau 5.23 petang hingga 12.05 tengah malam waktu Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU