Semua keputusan telah dipertimbangkan terlebih dahulu

KUCHING: Masyarakat Islam perlu menerima garis panduan (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan hati terbuka demi keselamatan semua pihak.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sebelum membuat keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan mendapatkan pandangan dan nasihat semua pihak terlebih dahulu.

“Untuk kegiatan atau aktiviti masyarakat Islam, JPBN mendapatkan akan mendapatkan pandangan dari Majlis Islam Sarawak (MIS) begitu juga dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kaedah ini dilakukan oleh mereka (JPBN) untuk memutuskan sesuatu perkara,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada pemilik Awang Tarmizi Awang Mahani di Kampung Jaya Bakti, di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

Suara Sarawak