ARTIKEL

Semua lapisan rakyat diseru berganding bahu hadapi pandemik Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peranan Ketua Kampung dan Tuai Rumah sangat penting dalam memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi sepanjang musim sambutan perayaan Hari Gawai.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud berkata, atas dasar prihatin dan percaya beliau berharap agar kedua-dua pihak tersebut dapat memastikan semua lapisan masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sudah tentu kita tidak mahu ahli keluarga , terutamanya golongan-golongan tua seperti aki’ (datuk) dan ini’ (nenek) kita dijangkiti oleh covid-19 seterusnya membahayakan nyawa mereka.

“Hari Gawai dapat disambut setiap tahun, tetapi nyawa yang hilang atas kecuaian kita sendiri sudah tentu tidak dapat diganti,” katanya menerusi kenyataan khas sempena Ucapan Hari Gawai Tahun 2021, hari ini.

Tambah beliau, walaupun banyak kekangan yang perlu dipatuhi oleh masyarakat ketika perayaan kali ini, namun itu adalah kenyataan yang harus dihadapi bersama-sama.

“Kita tidak boleh berkumpul beramai-ramai dan tidak boleh melakukan aktiviti ngabang Gawai seperti yang selalu kita lakukan sebelum ini.

“Pihak kerajaan pula tidak mungkin dapat melakukan pemantauan dari rumah ke rumah sepanjang musim Gawai nanti,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak dapat berganding bahu untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 ini.

“Saya berharap agar kita semua dilindungi sepanjang musim perayaan nanti dan marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, kemakmuran serta rezeki yang berlimpahan untuk tahun ini termasuk masa yang akan datang.

“Di kesempatan ini, syabas dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada petugas barisan hadapan kita yang tidak pernah mengenal penat lelah berjuang untuk memastikan kita tidak tumpas akibat pandemik ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada masyarakat yang menyambutnya tidak kira di mana mereka berada sama di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar atau pedalaman Sarawak.

“Saya dan isteri (Toh Puan Ragad Kurdi Taib) serta keluarga dengan ikhlas hati mengucapkan “Selamat Lau Gawai Dayak’, “Selamat Ngintu Ari Gawai Dayak”, “Selamat Andu Gawai Dayak” kepada semua rakyat Dayak Sarawak yang saya kasihi,” katanya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.