ARTIKEL

Semua penerbangan dari LTAK batal, ribuan kandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dibatalkan hari ini, menyebabkan ribuan orang terkandas.

Ia melibatkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Batik Air dan Firefly, dengan tinjauan di LTAK sebentar tadi mendapati semua kaunter tiket syarikat penerbangan terbabit penuh bagi membolehkan para penumpang membuat proses penukaran penerbangan.

Bagaimanapun, bagi penumpang asal Kuching, ia mungkin tidak menjadi masalah besar bagi mereka kerana boleh balik ke rumah masing-masing.

Namun, penumpang dari luar Kuching, mereka terpaksa tinggal di hotel, sementara menunggu penerbangan seterusnya yang belum ditetapkan lagi, sama ada esok atau dalam beberapa hari lagi.

Bagi Fero Antonio, 24, dari Kalimantan, situasi itu menjejaskan perancangannya untuk melancong di Kuala Lumpur bersama-sama adiknya, yang sepatutnya bermula hari ini.

Fero berkata, hanya mengetahui tentang pembatalan penerbangannya sebaik sahaja tiba di LTAK pada jam 1 petang memandangkan penerbangannya menaiki MAS dijadual pada jam 3.15 petang.

“Saya dan adik menaiki teksi dari Singkawang dan apabila sampai di LTAK, baru kami tahu yang penerbangan dibatalkan.

“Terpaksa kami tinggal di hotel malam ini, sementara menunggu penerbangan seterusnya, diharapkan esok dapat terbanglah,” katanya ketika ditemu bual.

Manakala, bagi Mohd Hafidz Md Zain, 39, dari Kuala Lumpur, dia dan isteri yang sepatutnya mula bekerja esok terpaksa meminta cuti tambahan susulan situasi tanpa dijangka itu.

Mohd Hafidz Md Zain menunjukkan makluman berkaitan pembatalan penerbangannya daripada MAS menerusi e-mel.

“Perkara ini di luar jangkaan, kita tidak dapat salahkan mana-mana pihak kerana ia demi keselamatan penumpang.

“Cuma macam kami yang perlu bekerja esok, perlu memaklumkan kepada majikan yang kami tidak dapat pulang hari ini,” katanya yang balik bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung isterinya di Serian.

Menurut Mohd Hafidz, mereka menerima makluman tentang pembatalan penerbangan MAS menerusi e-mel pada jam 11.30 pagi dan ketika itu sudah dalam perjalanan menuju LTAk.

“Setelah mendapat makluman e-mel tersebut, kami tetap teruskan perjalanan ke LTAK untuk mendapatkan kesahihan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata setelah mendapat pengesahan, mereka tidak dapat terus balik sebaliknya perlu menguruskan jadual penerbangan baharu di kaunter tiket MAS, dengan nombor giliran 713.

“Setakat ini, kami belum tahu lagi bilakah jadual penerbangan seterusnya, diharapkan esoklah,” katanya.

MAS dan AirAsia pagi tadi mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan yang dijadual berlepas dari atau ke Sabah dan Sarawak dengan Kuala Lumpur, susulan letusan Gunung Ruang di Manado, Indonesia.

Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan, manakala AirAsia membatalkan 16 penerbangan.

Gunung Ruang di Provinsi Sulawesi Utara meletus beberapa kali pada Selasa dan Rabu.

Jadual penerbangan menunjukkan semua penerbangan melibatkan MAS, AirAsia, Batik Air dan Firefly dari LTAK dibatalkan, hari ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)