Semua program dan aktiviti kerajaan ditangguhkan

KUCHING: Semua acara atau program yang di jadual untuk dianjurkan di negeri ini termasuk melibatkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ditangguhkan selama dua minggu berkuat kuasa 17 April.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion kepada semua setiausaha tetap kementerian, residen bahagian, ketua jabatan negeri, ketua badan berkanun negeri dan setiausaha pihak berkuasa tempatan negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan susulan daripada arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk semua penjawat awam Sarawak pada 15 April lalu.

Antara arahan semua mesyuarat fizikal tidak boleh dianjurkan dalam tempoh dua minggu, namun mesyuarat dalam talian seperti melalui aplikasi seperti Zoom boleh diteruskan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Apr 2021

Suara Sarawak