HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Semua rumah di Sarawak disalurkan gas asli

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr. Hazland Abang Hipni
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr. Hazland Abang Hipni

KUCHING: Masyarakat Sarawak khususnya di luar bandar bakal menikmati kemudahan sumber gas asli pada harga yang lebih rendah dengan siapnya sistem Paip Maya Pan Sarawak dalam tempoh lapan tahun lagi.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr. Hazland Abang Hipni berkata, empat loji utama saluran paip tersebut dirancang dibina di Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri.

“Kerajaan Sarawak melalui Petroleum Sarawak Berhad (Petros) memfokuskan kepada pembinaan saluran gas sumber asli yang bermula di kawasan pedalaman untuk dihubungkan ke rumah-rumah individu untuk kemudahan memasak serta berniaga.

“Perkhidmatan tersebut akan diberikan kepada rakyat dalam tempoh tujuh atau lapan tahun akan datang bagi mengurangkan kos pembelian gas silinder khususnya di kawasan pedalaman,” katanya.

Dr. Hazland berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Jerayawara Perkhidmatan, Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun harga standard gas silinder 14 kilogram (kg) di Sarawak sekitar RM28, namun ia boleh melonjak tiga atau empat kali ganda di kawasan pedalaman seperti Kapit, Baram dan sebagainya susulan kos pengangkutan yang tinggi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru