Semua sembilan mangsa mpv jatuh pangkalan feri Triso dpercayai meninggal

SEBUYAU: Kesemua sembilan mangsa yang merupakan pemandu dan penumpang sebuah pacuan empat roda jatuh di pangkalan feri Triso di Batang Lupar dipercayai meninggal dunia.
Mangsa terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan.
Sehingga kini, kesemua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin untuk proses pengesahan kematian oleh pihak polis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, anggota dari BBP Saratok dan BBP Simunjan dikerahkan lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pad jam 3.14 petang tadi.
“Malah, PGO Sarawak yang mengikuti perkembangan kejadian melalui rakaman video daripada FB bernama Dyg Junailah leyent yang membuat rakaman secara langsung dan telah tular dikongsikan oleh warganet.

 
“Dalam rakaman video tersebut seramai sembilan mangsa berjaya di keluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan juga jentolak di lokasi,” katanya.
Katanya, video yang berdurasi 7 minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Tambahnya kelihatan mangsa yang dikeluarkan diberi bantuan CPR di tebingan pangkalan feri berkenaan.
“Jarak perjalanan bomba yang terdekat adalah BBP Simunjan (turn out area) sejauh 62 km dan melalui feri ke seberang sungai. Manakala balai kawasan jagaan iaitu BBP Saratok sejauh 98 km dengan melalui sebuah feri dari Feri Pusa, Saratok.
“Pasukan BBP Saratok yang pertama tiba di lokasi dan mengesahkan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger berwarna ungu yang dinaik oleh sembilan orang telah jatuh ke sungai Triso,” ujarnya.

Suara Sarawak