Semua senjata api jenis raifal di Sarawak dibatalkan

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din mengesahkan bahawa semua senjata api jenis raifal di Sarawak akan dibatalkan secara berperingkat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, kenyataan tersebut dikeluarkan bagi merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung penggunaan senjata api jenis raifal di Sarawak tempoh hari.

“Arahan ini hanya tertakluk kepada senjata api jenis raifal sahaja dan bukan senjata api yang lain.

“Kenyataan dikeluarkan berikutan terdapat persoalan berhubung isu daripada beberapa menteri di Sarawak,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Hamid berkata pembatalan lesen senjata raifal bertujuan untuk menghentikan kes-kes pemburuan haram hidupan liar di negara ini.

Jelas beliau, langkah tersebut dilakukan selepas senjata raifal telah dikenal pasti sebagai alat memburu paling popular dalam kalangan pemburu.

Ujarnya, polis kini sedang melakukan penyiasatan dan mengenal pasti hampir 7,000 pemilik raifal yang akan dibatalkan permit penggunaan senjata berkenaan.

Suara Sarawak