ARTIKEL

Semua surau, masjid DUN Kuala Rajang sudah dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Semua masjid dan surau di kawasan Kuala Rajang sudah dinaik taraf sekali gus memperlihatkan kesungguhan usaha Kerajaan Negeri menyediakan ruang ibadah yang lebih kondusif kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Adun Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui usaha itu keseluruhan masjid dan surau di kawasan itu kini sudah berwajah baharu termasuk Masjid Kampung Belawai, Jerijeh dan yang terkini, al-Muttaqin.

Menurutnya, kesemua projek berkenaan berjaya disempurnakan walaupun ada antaranya berdepan masalah kelewatan berikutan pelbagai halangan termasuk pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, secara keseluruhannya, semua masjid dalam kawasan ini sudah dinaik taraf dan dibangunkan, seperti Masjid al-Muttaqin termasuk dan masjid yang lain di Zon Sarikei serta Tanjung Manis.

“Malah, sebahagian daripada surau juga dinaik taraf fungsinya kepada masjid selain dilengkapi pelbagai kemudahan,” katanya kepada media hari ini.

Menurut Len Talif, usaha yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan sentiasa mengambil berat keperluan rakyat selain bertujuan menampung keperluan jemaah yang kian bertambah.

Wajah baharu masjid al -Muttaqin Sarikei

Malah, ujarnya penyediaan kemudahan lengkap dengan ruang solat lebih luas memberi keselesaan kepada para jemaah termasuk untuk menunaikan solat jumaat dan solat sunat pada musim perayaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat Islam memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya kerana masjid dan surau bukan sekadar tempat beribadah sebaliknya berperanan penting sebagai platform penyatuan dan perpaduan ummah.

Dalam pada itu, projek naik taraf masjid al-Muttaqin yang keseluruhannya bernilai RM9.5 juta terbahagi kepada dua fasa bermula 2020.

Al Muttaqin dibina pada 1983 mampu menempatkan kira-kira 1,000 jemaah, namun selepas dinaik taraf, masjid itu kini bukan sahaja berwajah moden, tetapi juga berupaya menampung sehingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU