ARTIKEL

Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MELAKA: Semua urusan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan menerusi aplikasi MyJPJ, termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM), dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2025.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata sasaran berkenaan, selaras dengan hasrat jabatan berkenaan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang tahun tersebut, namun ia bergantung kepada kekuatan sistem dibangunkan dalam aplikasi MyJPJ.

Beliau berkata setakat ini hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi itu, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit.

“Sekarang ini kita masih dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu.

“Kita tidak mahu nanti bila kita lancarkan atau buka urusan berkenaan dalam aplikasi tersebut kepada orang awam, sistem berkenaan akan bermasalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai JPJ 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata proses interim berkenaan memberi peluang kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ sama ada menerusi aplikasi MyJPJ atau berurusan di kaunter perkhimatan JPJ.

Dalam perkembangan lain, katanya semua anggota JPJ sentiasa didedahkan pelbagai latihan dan kemahiran tempur serta persenjataan dari semasa ke semasa, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kompetensi mereka ketika menjalankan tugas khususnya operasi penguatkuasaan.

Rospiagos berkata kesiapsiagaan berkenaan juga penting, bagi memastikan anggota dan pegawai terlibat dalam sebarang operasi penguatkuasaan sentiasa selamat dan terhindar daripada sebarang kemalangan atau kekerasan melibatkan orang awam.

“Kita juga bukan sewenang-wenangnya hendak menggunakan kekerasan ketika menjalankan operasi, namun kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang tertakluk di bawah JPJ, bagi melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan berdisiplin,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, beliau berkata sebanyak 128 pelatih terdiri daripada 11 Pegawai Penguatkuasa Gred KP41, Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (31 orang), Penolong Jurutera JA29 (seorang), Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (81 orang) dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (empat orang), berjaya menamatkan latihan kursus asas selama tiga bulan bermula 3 Julai lepas sebelum ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara.

Rospiagos berkata kursus berkenaan, bertujuan meningkatkan tahap kompetensi pegawai penguatkuasa meliputi lima elemen utama yang dikenali sebagai ASKAR iaitu sikap (Attitude), kemahiran (Skill), pengetahuan (Knowledge), ketangkasan (Agile) dan ketahanan (Resilient), dalam melaksanakan tugasan dengan berkualiti dan profesional sepanjang perkhidmatan.

“Mereka juga didedahkan dengan pelbagai modul latihan termasuk modul perkhidmatan teras jabatan iaitu pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, penguatkuasaan dan undang-undang dan kejuruteraan automotif,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu