ARTIKEL

Senapang, peluru hilang lepas rumah dipecah masuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian kehilangan senjata api jenis shortgun 12 bore dan 200 peluru itu pada 9.51 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara 2.30 petang hingga 8 malam, mangsa yang merupakan lelaki berusia 60 tahun berada di Gemas ketika kejadian. Turut hilang ialah satu peti simpanan senapang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau 06-4411222.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu