SENARAI akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata proses kelayakan bagi Olimpik dan Paralimpik masih berterusan susulan banyak kejohanan di peringkat antarabangsa tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Beliau berkata proses kelayakan itu juga bergantung kepada persatuan-persatuan sukan antarabangsa disebabkan mereka bergelut untuk menjalankan pertandingan termasuk ada yang terpaksa membatalkan kejohanan dan mengambil kira markah lama yang menyebabkan ada atlet negara terlepas peluang untuk beraksi di Olimpik.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Apr 2021