ARTIKEL

TURUT MARA... Pasukan Kaslo.

Senarai awal pasukan ke pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUJUH pasukan antara calon terawal mara ke pusingan kedua Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024.

Pasukan terbabit ialah SBM, Kaslo, Kastom, Admania, SV23, Vet Cop dan KBSB.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tagak berkata, status kesemua tujuh pasukan terbabit layak untuk bersaing dalam kelompok 16 terbaik selepas masing-masing mencatat satu kemenangan pada aksi peringkat kumpulan hujung minggu lalu.

“Walaupun saingan peringkat kumpulan masih disambung hujung minggu ini, akan tetapi tujuh pasukan tersebut sudah mengesahkan kedudukan mereka untuk ke peringkat 16 terbaik,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Muhtalip, pihaknya percaya saingan akan lebih sengit membabitkan perlawanan hujung minggu ini.

“Masih ada sembilan slot yang belum terisi.

Justeru, kita yakin pasukan lain akan berusaha untuk meraih kemenangan bagi memastikan kemaraan ke pusingan 16 terbaik,” jelas Muhtalip lagi.

Perlawanan peringkat kumpulan akan disambung pada Sabtu dan Ahad ini.

Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024 bermula pada 3 Februari lalu dan menghimpunkan 24 pasukan.

Kejohanan terbabit yang menyediakan hadiah wang tunai RM2,400 beserta piala, pingat dan jersi untuk pasukan yang berjaya muncul juara.

Naib juara akan menerima wang tunai RM1,200 termasuk piala dan pingat.

Dua pasukan yanv tewas diperingkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU