Trending

Senarai hitam samseng bola

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KELAB bola Sepak Perak FC akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti pelaku yang mencetuskan pergaduhan ketika aksi Perak menentang Selangor di Stadium Ipoh Perak Sabtu lalu.

Perak FC dalam satu kenyataan berkata, kelab itu akan menyenaraihitamkan pelaku tersebut memasuki stadium sekali gus mengelakkan kejadian seumpama itu terus berlaku.

“Perak FC sentiasa berusaha dan bersiap sedia untuk memastikan perlawanan yang kami anjurkan di Stadium Perak adalah selamat untuk dihadiri oleh semua pihak.

“Kelab mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta FRU atas tindakan tangkas mereka dalam meleraikan pergaduhan dan provokasi antara kedua-dua penyokong.

“Kami mengecam sekeraskerasnya tingkah laku buruk yang menimbulkan kekacauan dan menganggu keharmonian,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Dalam pada itu, Perak FC meminta para penyokong bersabar dan memberikan sokongan dalam proses membina semula kelab itu.

“Sebagai pemilik persendirian kelab, adalah menjadi kewajiban pertama kami untuk membangunkan Perak FC sebagai entiti komersial, sebelum menguruskannya sebagai peminat bola sepak.

“Dari awal lagi kami telah bersepakat untuk memberi tumpuan kepada bakat tempatan dan memberi peluang kepada pemain muda.

“Tujuan utama kami adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi kelab sentiasa terjaga sambil meningkatkan tahap bola sepak dalam kalangan pemain tempatan,” kata kenyataan itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru