KUCHING: Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Tan Kai mempersoalkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang sengaja cuba menyembunyikan nama-nama pemegang Permit Import (AP) gula di Sarawak.
Beliau sebelum ini telah meminta Chieng Jen mendedahkan nama semua pemegang lesen gula itu di Sarawak sejak lima bulan lalu melalui 13 kenyataan akhbar, tetapi tidak diendahkan.
“Sejak Jun tahun ini, saya mula meminta Chong mendedahkan pemegang AP gula di Sarawak sejak beliau mengu-
mumkan terdapat lapan syarikat yang telah mendapat AP.
“Ini bertujuan supaya harga produk yang dihasilkan di bawah syarikat terbabit dapat dipantau.
“Bagaimanapun, Chieng Jen menyimpan rahsia itu dan enggan mendedahkannya.
Ini bertentangan dengan tadbir urus yang adil dan telus seperti yang dilaungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan,”
kata kepada media, semalam.
Sebaliknya, Tan Kai berkata, nama syarikat-syarikat terbabit didedahkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching
Dr Kelvin Yii baru-baru ini, iaitu 11 syarikat dan bukannya lapan seperti yang disebut Chong.
Menurutnya, syarikat terbabit ialah Sunshine Food Manufacture Sdn Bhd, Dahfa Foods Manufacturing Sdn
Bhd, Sundrop Fruit Juices Sdn Bhd, KNG LAK (EM) Sdn Bhd, Alwi Food & Beverages Industries Sdn Bhd, Ta Yung
Food Industries Sdn Bhd, Stampin Confectionery Sdn Bhd, Foodtake Industries Sdn Bhd, Kit Hin Company Sdn
Bhd, F & N Sarawak dan Teck Lee Seng Coffee Product.