ARTIKEL

Sengkuang cina penawar campak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sengkuang Cina atau water chestnut dengan nama saintifiknya Eleocharis dulcis berasal dari keluarga Cyperaceae.  

Ia mungkin dikenali dengan nama chestnut ekoran rupanya yang mirip buah berangan biarpun ia tergolong dalam kategori sayuran berumbi.

Pokok ini merupakan sejenis ubi dan banyak ditanam di China, India dan kini boleh ditemui di seluruh dunia.  

Sengkuang Cina ialah sayur-sayuran akuatik yang tumbuh di paya, di dalam air dan di dalam lumpur. 

Ia mempunyai daun batang berbentuk tiub hijau yang tumbuh kepada kira-kira 1.5 meter.

Ubinya berbentuk bulat leper dan kulitnya berwarna coklat.  

Isi ubinya berwarna putih seperti sengkuang dan boleh dimakan mentah atau dimasak bersama-sama sayuran lain kerana rasanya yang manis. 

Keunikan ubinya sentiasa renyah atau rangup walau direbus beberapa lama. 

Ada banyak cara untuk memasaknya iaitu digoreng, kukus, panggang atau makan begitu sahaja.  

Sebiji sengkuang Cina mengandungi air, protein, lemak, kanji, gula, serat, mineral besi, fosforus, kalsium dan vitamin C.  

Antara khasiat sengkuang Cina ialah membantu menurun berat badan, baik untuk sistem penghadaman tubuh badan, mengurangkan risiko sakit jantung, merawat demam kuning bayi. 

Air rebusan sengkuang juga tonik bagi menyihatkan mata, menjadi penawar racun, mencuci tubuh, menghentikan pendarahan dan melawaskan pembuangan air kecil.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU