BINGKAI gambar dan rak tidak dapat dipisahkan dan ia merupakan elemen penting hiasan kediaman.
Terdapat beberapa idea hiasan dinding dilengkapi bingkai dan rak dengan sentuhan kreatif dan inovatif.
RAK KARYA SENI
Rak sempit bersaiz panjang ialah cara terbaik untuk memaparkan karya seni anda.
Ia digantung seperti rak terapung dan kelihatan mewah.
Karya seni diletakkan di rak dan bersandar pada dinding.
Oleh itu, barangan boleh ditukar dan dikemas dengan mudah apabila anda menyukai barangan baharu.
KEMAS
Mulakan dengan asas yang kukuh — seperti perabot untuk timbunan majalah atau buku untuk koleksi anda.
Kemudian mula menambah beberapa objek kegemaran anda.
Guna lampu tergantung rendah atau perabot tambahan bagi mewujudkan pencahayaan yang menarik.
KABINET PAPARAN
Anda mungkin memiliki koleksi tanpa disedari, beberapa pasu kaca atau seramik, timbunan pinggan vintaj yang tidak sepadan.
Barangan yang diletakkan di belakang kaca terserlah sebagai hiasan seperti di muzium.
Khususnya apabila dipaparkan secara bersendirian, barangan biasa akan terlihat luar biasa.