ARTIKEL

Seni cipta kekayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair?

Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah.

Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet bumi.

Hakikatnya, masih terdapat 700 juta atau 9.2 peratus manusia di muka bumi hanya hidup dengan $1.90 sehari.

Sekitar 26 peratus atau 1.6 bilion lagi tergolong sebagai sederhana miskin.

Tetapi mungkin tidak demikian bagi mereka yang tersenarai sebagai bilionair seperti yang diterbitkan oleh majalah Forbes pada minggu lalu.

Boleh dikatakan bilionair ialah spesies yang sedikit.

Mereka menjadi bilionair kerana mereka menguasai seni mencipta kekayaan.

Apakah yang membezakan mereka ini daripada kita semua?

Di sebalik pelbagai fenomena dan cabaran yang melanda dunia, golongan terbabit terus berupaya menambah kekayaan dan aset mereka.

Kini, terdapat 2,781 bilionair di dunia – yang tertinggi pernah tercatat dalam sejarah.

Jumlah ini 141 lebih banyak berbanding pada tahun lalu.

Mereka semakin kaya, dengan nilai $14.2 trilion secara agregat, naik $2 trilion berbanding 2023.

Amerika Syarikat dengan penduduk berjumlah 341 juta muncul sebagai negara paling banyak mempunyai bilionair.

Sebanyak 813 orang tersenarai, dengan kekayaan keseluruhan berjumlah $5.7 trilion.

China dengan penduduk 1.4 bilion menyusul dengan 473 orang dengan kekayaan $1.7 trilion. India dengan penduduk sebanyak 1.4 bilion mempunyai 200 bilionair berada di tangga ketiga.

Berdasarkan 10 bilionair teratas, enam adalah daripada sektor teknologi, seorang daripada sektor automatif, seorang sektor kewangan dan pelaburan, manakala seorang lagi pelbagai sektor. Elon Musk, 52, berada di tangga teratas dengan kekayaan $195 bilion.

Jeff Bezos, 60, mengekorinya ($194B), Mark Zuckerberg, 39, ($177B), Larry Elison, 79, $141B), Warren Buffett, 93, ($133B), Bill Gates, 68, ($128B), Steve Ballmer, 68, ($121B), Mukesh Ambani, 66, ($116B) dan Larry Page, 51, ($114B).

Semua merekai ini dari Amerika Syarikat, kecuali Mukesh dari India.

Di Malaysia, taikun Robert Kuok yang berusia 100 tahun terus berada di papan teratas dengan nilai kekayaan $11.4 bilion.

Beliau berada di tangga ke-176. Beliau berkecimpung dalam bidang perhotelan, hartanah dan komoditi.

Nilai kekayaan beliau sebenarnya merosot berbanding ketika di tangga 146 Forbes dengan kekayaan $11.8 bilion pada tahun lepas.

Sebahagian besar manusia memang mahu menjadi kaya dan menjadi jutawan.

Namun, sebahagian besar daripada mereka juga sedar bahawa mereka tidak mungkin menjadi bilionair.

Persoalannya, adakah resipi rahsia untuk menjadi bilionair?

Kalau ada, apakah rahsianya?

Saya telah meneliti pandangan, pengalaman, perkongsian dan kutipan daripada pelbagai bilionair dunia.

Jelas, rata-rata mereka menyatakan jika hendak berjaya menjadi bilionair, anda mesti berfikir seperti seorang bilionair.

Kalau pun sudah menjadi bilionair, bertindak dan hiduplah seperti seorang jutawan dan bukannya seperti seorang bilionair.

Menurut mereka, orang yang paling berjaya ialah mereka yang tidak berhenti belajar serta tumbuh dan berkembang.

Kata mereka lagi, mereka yang paling berjaya ialah mereka yang mampu menyesuaikan diri dan dapat hidup dalam persekitaran baharu.

Justeru, jangan mudah menyerah kalah untuk mencapai impian yang anda ingini.

Kelilingilah diri anda dengan mereka yang bersikap positif, mereka yang sentiasa memberi motivasi dan inspirasi.

Maksudnya, elakkan diri anda daripada dikelilingi dan seterusnya dimusnahkan oleh mereka yang bersikap toksik.

Mereka yang berjaya ialah mereka yang tidak memberi alasan, tetapi mencari jalan penyelesaian, pemikiran anda sebenarnya menentukan siapa diri anda, justeru latihkan diri anda untuk berfikir seperti seorang bilionair, dan lihat bagaimana kehidupan anda akan berubah.

Warren Buffett, seorang bilionair terkemuka pernah dipetik sebagai berkata: “Jika anda tidak mencari jalan bagaimana membuat duit ketika anda tidur, anda akan bekerja sampai anda meninggal dunia.”

Untuk itu pendapatan pasif amatlah penting termasuk pendapatan daripada keuntungan, faedah, dividen, sewa, modal dan royalti.

Sesungguhnya, pengurusan kewangan yang hebat merupakan kemahiran yang dimiliki oleh setiap bilionair.

Inilah kemahiran yang perlu kita miliki jika mahu menjadi jutawan atau bilionair jika anda mahu stabil dari segi kewangan.

Persoalannya, adakah anda seorang yang sedia mengambil risiko dalam hidup dan kerjaya?

Anda perlu lakukan sesuatu dan yakinlah dengan apa-apa yang anda lakukan.

Sesungguhnya kenyataan Jeff Bezos, pengasas Amazon dalam hal ini adalah betul.

Katanya, “jika anda fikir anda dapat melakukan sesuatu atau fikir anda tidak dapat melakukan sesuatu, anda memang betul.”

Jangan mudah berpuas hati dengan apa-apa yang telah dicapai jika ingin berjaya.

Jalan terbaik adalah untuk sentiasa memikirkan apa-apa yang dilakukan dengan lebih baik untuk esok hari. Mereka yang ingin menjadi bilionair perlu memiliki sikap tertentu.

Ya, mengapakah ada orang yang kelihatan mudah menjadi kaya, sementara yang lain berjuang sepanjang hayat.

Adakah hal ini terletak pada kemahiran, kelayakan akademik, daya keintelektualan, kontak, pilihan kerjaya, perniagaan, nasib atau pelaburan?

Atau adakah anda perlu membaca buku seperti Secrets of Millionaire Mind tulisan T.Harv Eker memungkinkan anda menjadi jutawan, dan seterusnya mencapai status sebagai bilionair?

Mengikut banyak pihak yang mengkaji mereka yang telah mencapai status bilionair, antara kriteria atau sikap yang perlu dimiliki seseorang ialah pemikiran berwawasan.

Anda perlu berfikiran besar. Juga perlu mempunyai visi untuk masa depan dan punya keazaman kuat untuk menjadikannya satu realiti.

Mereka ini tidak takut mengambil risiko.

Ingat akan pesanan Mark Zuckerberg: “The biggest risk is not taking any risk. In a world that is changing quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking any risks.”

Mereka mampu berfikir melewati kekangan semasa dan mampu membayangkan masa depan dengan jelas sehingga berjaya mengeluarkan produk, perkhidmatan dan perniagaan yang mengubah dunia.

Mereka juga punya daya tahan yang tinggi.

Mereka dapat kekal fokus kepada matlamat dan mampu mengatasi sebarang dabaran.

Minat yang mendalam terhadap apa-apa yang dilakukan untuk mencapai matlamat, menjadi penggerak mereka.

Mereka tidak sekadar dimotivasikan oleh wang, tetapi keinginan untuk melakukan sesuatu yang berbeza, dan akhirnya meninggalkan legasi yang kekal. Ya, siapa kata anda tidak dapat berjaya dan menjadi bilionair.

Atau setidak-tidaknya menjadi jutawan.

  • Dato Dr Jeniri Amir ialah Felow Kanan Majlis Profesor Negara.

BERITA LAIN

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

BERITA TERBARU

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.