ARTIKEL

Seni KOMIK ke LAYAR PERAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELUM CUBA, belum tahu. Beranikan diri mencuba sesuatu baharu dan di luar jangka.

Art Of Wud Sdn Bhd tampil dengan siri animasi enam episod — Ngenjen Di Semandin di layar perak.

Siapa sangka, hanya bermula dengan naskhah komik Perey, artis tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wud berjaya mengangkatnya ke kaca televisyen.

“Bermula daripada animasi komik Perey, maka tercetus idea menghasilkan animasi berkisar tentang perjalanan dan hijrah dari satu tempat ke satu yang lain.

“Ngenjen Di Semandin, ceritanya bermula apabila watak Bujang diminati.

“Jadi saya lanjutkan untuk hasilkan cerita bersiri tentang Bujang dalam animasi dua dimensi (2D),” katanya.

ANIMASI SARAWAK

Mengulas lanjut, Wud menyifatkan ia lebih kepada nasib dan rezeki apabila dapat menghasilkan siri animasi.

“Ia bukan idea atau niat awal saya,ia lebih kepada peluang apabila berjaya dalam sesi bersama-sama stesen televisyen tempatan, TVS.

“TVS memberi peluang menghasilkan animasi, saya ambil peluang ini sebagai cabaran memulakan siri animasi,” katanya.

BANTUAN RAKAN

Permulaan itu dilanjutkan dengan kombinasi idea dua rakannya — Hamizan Daud selaku penataan muzik latar dan Nordin Ismail sebagai pelakon suara.

Bagi Hamizan, segalanya bermula daripada rasa ingat mencuba serta menilai hala tuju animasi di Sarawak untuk direalisasikan.

Dengan platform yang ada, katanya ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk tampil dengan idea sendiri walaupun bukannya datang dari latar belakang industri kreatif dan interaktif.

“Saya dan Daud (Wud) kenal sejak di kampung, tidak menyangka dia diberi peluang menghasilkan siri animasi.

“Pada awalnya, memang agak risau, tapi kita harus mencuba perkara baharu dalam animasi selain hasil karya komik di Sarawak,” ujarnya.

Mengambil kira pengalaman, Hamizan mengaku tidak memiliki ilmu animasi kerana karyanya hanya dihasilkan dalam bentuk komik pegun — bukan pergerakan seperti animasi yang memerlukan beberapa siri gabungan pergerakan.

“Semuanya bermula daripada komik yang diterbitkan dari 2018, maka dari situ kita cuba perkara baharu dan bidang baharu. “Idea cerita ini hasil kerahan keringat sendiri bersama-sama dua rakan lain.

“Hanya ada beberapa perkara kita memetik dari buku, manakala selebihnya kita gunakan idea sendiri,” jelasnya.

Menurut Hamizan, untuk melahirkan lebih ramai generasi pelapis terutama dalam industri kreatif dan interaktif, animasi memerlukan platform serta sumber yang cukup.

Namun, ia harus melalui proses penilaian, serta menetapkan hala tuju animasi di Sarawak.

Sementara itu, pelakon suara, Nordin Ismail, 67, bercerita lanjut mesej siri animasi itu yang mengisahkan perubahan.

“Pada peringkat awal, kalau kita lihat pada satu ketika ia lebih menceritakan tentang ketua yang mahu memimpin orang kampung.

Contohnya ketika mereka hendak berpindah ke tempat lain.

“Perubahan juga dapat mengangkat martabat orang kampung, tapi ada sikap yang masih tidak yakin dengan apa-apa yang mungkin berlaku pada masa depan.

Sedangkan ia boleh menghasilkan sesuatu yang baik untuk orang kampung.

“Ia menjadi mesej perantaraan ringkas bahawa orang kita masih berada pada takuk lama sehingga pembangunan itu menjadi kenyataan, baharu mereka percaya,” katanya.

BAKAT PELUKIS TEMPATAN

Tidak dinafi kan bidang animasi masih kurang menonjol di Sarawak, Jika dibandingkan di tempat lain, harus diakui cerita animasi di televisyen dipelopori oleh negara luar.

Namun, jika mempunyai platform yang tepat serta sumber, tidak mustahil Sarawak juga mampu melahirkan ramai bakat berkebolehan dalam bidang animasi.

Lebih-lebih Sarawak kini beralih ke era pendigitalan, data raya, teknologi maklumat dan sebagainya.

“Boleh pergi jauh sebenarnya, tapi untuk merealisasikannya memerlukan suntikan modal dari segi kewangan, perisian dan aset.

“Begitu juga cabaran, proses melukis watak yang ditetapkan dari segi pergerakan memerlukan masa yang lama,” katanya.

Ini kerana, kadangkadang penonton melihat penghasilan animasi dipandang remeh, tetapi sebenarnya proses itu memerlukan tenaga termasuk mengambil kira beberapa faktor lain.

Ngenjen Di Semandin mengangkat dialek Sarawak sebagai bahasa dalam skrip lakonan sekali gus secara tidak langsung memperkenalkan dialek tempatan kepada peminat animasi luar.

Wud berharap industri kreatif berkembang pesat selari dengan perubahan teknologi masa kini.

Bahkan ia memerlukan penglibatan dan sokongan jitu daripada pihak berkaitan terutama dalam melahirkan generasi bakat animasi di Sarawak.

BERITA LAIN

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

Faham isi hati anak

Kita belajar menjadi ibu bapa untuk mengurus dan membesarkan anak. Namun, ada satu perkara yang sering ibu bapa terlupa iaitu memahami dan mendengar isi hati

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Bentuk pelajar berkualiti

PERKHEMAHAN tahunan merupakan aktiviti yang dirancang di bawah unit kokurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) peringkat sekolah. Ia menjadi tempat buat ahli TKRSM untuk

Keindahan sejarah, budaya Sambas

KEINDAHAN budaya dan sejarah Sambas mampu diketengahkan menerusi Seminar Sejarah Kesultanan Sambas anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Menurut Penasihat

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup