ARTIKEL

Seni lukis mural

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»KEHADIRAN artis mural di sesuatu kawasan menghias dinding bangunan dengan lukisan menarik dan bermesej.

Berbanding sebelum ini, ramai beranggapan bahawa mural ialah vandalisme dan mencacatkan pemandangan. Namun, kini sentuhan artis mural semakin dihargai dan menghiasi bangunan di kota.

Di Dalat, Mikerona Isu, 36, antara individu aktif melukis mural di Tebingan Sungai Dalat sehingga menjadi tarikan pengunjung.

“Idea menghasilkan mural di Tebingan Sungai Dalat bermula daripada reka bentuk jubin di kawasan ini dan permintaan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“Dengan reka bentuk jubin tersebut, mural ditambah dengan corak topi terendak Melanau sebagai imej majoriti penduduk di kawasan Dalat,” katanya kepada Suara Sarawak.

MINAT

Dedahnya, dia menghasilkan mural kerana minat yang mendalam dan hobi melukis.

“Sejak zaman kanak-kanak, saya memang meminati seni dan melukis menjadi hobi ketika saya bekerja luar dari bidang seni.

“Disebabkan itu, saya berkecimpung dalam bidang melukis mural untuk meneruskan minat,” ujarnya. Mikerona turut berkongsi pengalaman sepanjang menjadi pelukis mural dan akui ada pahit dan manisnya.

Ujarnya, terdapat pengunjung datang memberi sokongan dan tidak kurang juga yang memberi pandangan negatif ketika saya melukis mural.

“Saya pernah berjumpa insan yang baik hati, memberi minuman apabila melihat saya melukis mural. Ini menunjukkan ada insan prihatin terhadap kami.

“Ada antara mereka yang menawarkan kedai untuk dijadikan tempat melukis mural dan dicat,” dedahnya.

Ujarnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dan kesukaran mendapatkan bahan kerana ia mudah didapati di Dalat. Dedahnya, lukisan mural yang dihasilkan di Tebingan Sungai Dalat berukuran 60 kaki panjang dan lima kaki sembilan inci tinggi.

“Jangka masa untuk menyiapkan lukisan tersebut sekitar 22 hari dan saya dibantu oleh beberapa rakan.

“Namun, mereka hanya membantu apabila mempunyai masa lapang, bukan setiap hari,” katanya lagi. Pada masa yang sama, Mikerona memberitahu cuaca tidak menentu menjadi cabaran utama untuknya menyiapkan mural.

CABARAN

“Hujan dan cuaca panas merupakan cabaran utama kerana ia melambatkan proses mural disiapkan. 

“Cabaran lain perlu dihadapi ialah mereka yang tidak bertanggungjawab dan suka merosakkan mural,” tambahnya.

Selain melukis mural, Mikerona juga aktif melukis potret, ukiran dan karikatur.

Justeru, dia berharap agar masyarakat lebih menghargai hasil seni anak-anak tempatan dan membuka lebih banyak ruang untuk artis mural berkarya.

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli