ARTIKEL

Seni sepak takraw

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TIDAK semua orang boleh bermain sepak takraw.

Dilihat mudah, namun memerlukan kemahiran tinggi yang diertikan sebagai seni menimbang bola sepak takraw.

Untuk mahir, ia memerlukan masa lama, terutama dalam aspek menimbang bola sepak takraw agar tidak jatuh ke lantai.

Sebab itu, dalam sukan ini semuanya melibatkan seni.

Hendak melakukan servis, tekong perlu menguasai seni servis tekong.

Begitu juga dengan perejam/ apit kanan (killer) yang akan melakukan libas gulung dan libas selak.

Sebab itu, dapat dilihat individu ini seakan-akan menari di depan jaring sebelum melakukan rejaman.

Lebih-lebih bagi pengumpan/ apit kiri yang seninya bukan setakat mampu mengangkat bola pertama daripada servis atau rejaman lawan sebelah, sebaliknya seni menentukan arah yang betul bagi perejam membuat rejaman untuk mendapatkan mata.

Semua ini teruji ketika berada di dalam gelanggang dalam mana-mana pertandingan.

Jika ketiga-tiga pemain dalam satu regu menguasai semua seni ini dengan baik, pasti regu ini akan menjadi igauan ngeri kepada manamana regu lawan.

Bukan sahaja di peringkat kampung, malah hingga ke peringkat antarabangsa, lebihlebih lagi melibatkan kuasa sepak takraw dunia.

Lihat sahaja pertarungan antara regu Malaysia dan Thailand dalam final Sukan Asia 2023 di Huangzhou, China baru-baru ini.

Dari banyak segi, kemahiran kedua-dua regu nampak seimbang. Set kedua menyaksikan kedua-dua regu bergigit mata hingga ke angka 22. Set pertama regu Malaysia tewas.

Pertarungan tekong Satu komen ketika siaran langsung di Facebook amat menarik iaitu “pertarungan tekong” — Mohd Syahir Mohd Rosdi (Malaysia) dan Sitipong Kamchan (Thailand).

Kedua-duanya mempunyai kelajuan tekong yang menyukarkan untuk diangkat lawan, baik Malaysia ataupun Thailand.

Pun demikian, ketika tekong Malaysia dapat menyerang dan memperoleh mata, tekong kita juga memberikan mata percuma kepada lawan.

Semuanya gara-gara tidak dapat mengapungkan bola pertama daripada serangan pihak lawan

. “Kalau ada first ball, kita pasti menang,” komen netizen peminat sepak takraw. Ini bukan sekadar kata-kata kerana ia ada benarnya.

“Kalau ada first ball, kita akan dapat bermain, termasuk main petangpetang,” komen yang lain.

Kadang-kadang disebabkan masalah ini, emosi rakan seregu boleh terganggu.

“Rakan you penat dapatkan point, kalau you tidak dapat naikkan first ball, emosi kawan jatuh.”

Ini teguran klise oleh mana-mana jurulatih atau pengurus atau individu yang membawa regu atau pasukan bertanding sama ada di peringkat tinggi ataupun kampung.

Sekali lagi ia melibatkan seni dalam sukan sepak takraw. Ini dibuktikan oleh Thailand.

Sederas mana pun servis tekong atau rejaman pasukan lawan, pemain mereka masih dapat mengapungkan bola pertama lawan, terutama apit kiri Thailand — Patarapong Yupadee.

Dia sudah lama menjadi individu pemusnah impian banyak negara untuk mengalahkan Thailand dalam sukan tradisi ini sama ada di peringkat Asia ataupun dunia.

Pernah tewas Dalam Kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf 2015 di Melaka, regu Malaysia berjaya menjinakkan Thailand (21-7, 21-19) apabila apit kanan baru yang diketengahkan Thailand tidak setanding dengan Patarapong.

Dia menjadi sasaran mudah Shahir mendapatkan mata sama melalui servis laju atau servis drop di depan jaring lawan.

Jadi, faktor utama kekalahan Thailand ketika itu adalah bola pertama Panupong Petlue kurang baik walaupun juga dia bertindak sebagai kapten pasukan.

Jadi, kekuatan Thailand adalah bola pertama yang baik, servis kuda yang baik — tidak lagi perlukan lambungan bola yang tinggi, serangan apit kanan yang deras dan pelbagai serta kebijakan apit kiri melambungkan bola kepada apit kanan ketika menyerang lawan.

Semua ini perlu dikuasai oleh Malaysia jika ingin menjinakkan Thailand.

Malah oleh mana-mana negara yang ingin mengalahkan Thailand dan Malaysia.

Paling ketara adalah kemahiran bola pertama ketika menerima servis tekong lawan.

Dari segi servis, serangan apit kanan dan lambungan bola sesedap rasa apit kiri, dirasakan banyak negara sudah tidak jauh bezanya.

Cabar keputusan Tidak seperti dahulu, pertandingan di peringkat antarabangsa kini turut mempraktikkan sistem challenge yang mula diperkenalkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia dalam Liga Sepak Takraw (STL) di Malaysia.

Pemain boleh mencabar keputusan pengadil rasmi atau pembantu pengadil dalam banyak hal seperti bola terkena tangan, kaki melepasi jaring dan kaki tekong terangkat, termasuk mencabar keputusan pengadil garisan.

Dalam kejohanan STL, challenge ini menggunakan teknologi terkini melalui rakaman video, serta komunikasi pengadil seperti penggunaan VAR dalam bola sepak.

Sebaliknya, di peringkat antarabangsa, ia masih ketinggalan.

Pegawai pasukan masih perlu mengangkat papan “CHALLENGE NET”, “OVER”, “NOT OVER”, “IN”, “OUT” untuk mencabar keputusan pengadil.

Selepas terlepas pingat emas dalam final sepak takraw Sukan Asia 2023, tekong utama Malaysia, Mohd Syahir ada memberitahu, sistem challenge yang digunakan sangat mengecewakan dan tidak mencapai taraf kejohanan tertinggi dan berprestij.

Ini ada benarnya apabila bola akhir rejaman Thailand yang kelihatan keluar, dikatakan masuk oleh pengadil garisan.

Memetik akhbar nasional, Syahir menjelaskan, “STL dengan antarabangsa (kejohanan), dia punya sistem memang jauh lebih baik STL sebab dia punya challenge ada dua lepas itu kalau menang dua dapat tambah satu lagi.

Lepas itu dia punya challenge garisan memang betul-betul tepi garisan bukannya dari atas.”

Ada yang beranggapan sistem challenge telah merosakkan seni sukan sepak takraw.

Kata-kata peminat sepak takraw: “Orang sudah tidak percaya wibawa pengadil sebab keputusan pengadil boleh dicabar.

Malah turut menunjukkan kelemahan seseorang pengadil.”

Apa-apa pun seni utama sukan sepak takraw iaitu menimbang bola serta mengapungkan bola pertama harus ditingkatkan

. Ini juga menjadi antara masalah pemain Sarawak ketika bertanding di Semenanjung.

Diharapkan datangnya bekas jurulatih Malaysia (2007) Amir Abu Bakar, 60, dan bekas jurulatih Sekolah Sukan Lambang, Thailand iaitu Thawinit Thongprasert, 41, dapat membantu atlet sepak takraw SUKMA Sarawak, 2024 terutama dalam aspek kawalan bola pertama. Mungkin juga membantu manamana pemain senior di Sarawak untuk memantapkan permainan.

LAIN-LAIN BERITA

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Tidak ada duit ketika jadi ahli parlimen

MENJADI ahli parlimen pada usia 26 tahun, adalah sesuatu yang mengejutkan bagi dirinya. Sejak di universiti memang beliau memasang impian untuk memasuki politik, namun beliau

Cara indah hargai orang

KETIKA lepak santai-santai sambil minum teh panas di sebuah kedai makan, perbualan kami lepasan sekolah menengah di Kuching rancak tentang kejadian banjir kilat melanda Kuching,

Sarawak dahului inisiatif tenaga hijau

DALAM usaha untuk mengejar kelestarian alam dan kemajuan ekonomi, inisiatif tenaga hijau telah menjadi fokus utama bagi banyak negara. Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk

Impak medsos dalam Pilpres 2024

PASANGAN Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka terus unggul dalam kiraan sebenar (real count) bagi keputusan Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU). Menurut media

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

BERITA TERBARU