ARTIKEL

Seni warisan harus seiring transformasi kemajuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Abdul Karim ketika berucap di Festival Gendang Sarawak 2022 di Tebingan Sungai Kuching, malam tadi.

KUCHING: Warisan adat seni dan tradisi harus dipertahankan dan dipelihara walaupun dunia bergerak ke arah transformasi kemajuan teknologi baharu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, biarpun arus globalisasi memerlukan anjakan paradigma yang pantas, seni warisan juga perlu bergerak seiringan.

Mengambil contoh negara maju di dunia, jelasnya seni budaya dan tradisi mereka masih kukuh.

“Ini kerana jika kita perhatikan di negara-negara maju walaupun sejauh mana kemajuan yang diterima tetapi seni budaya dan tradisi masih kukuh terpahat di hati mereka menjadikan ia tidak luput ditelan zaman.

“Pada pandangan saya seni dan budaya itulah yang menjadikan sesebuah negara itu seimbang dari segi kemajuan zahir dan lahiriah.

“Masyarakat lebih menghargai nilai dan norma dengan adanya pengisian di hati mereka mengenai pentingnya menjaga seni warisan tradisi turun temurun kerana ia mengandungi falsafah kehidupan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Festival Gendang Sarawak 2022 yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sempena Regata Sarawak 2022 yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching, malam tadi.

Mengulas lanjut tambah Abdul Karim, Sarawak bertuah kerana tradisi bergendang masih lagi dilaksanakan di setiap bahagian di negeri ini.

Festival Gendang Sarawak 2022 merupakan penganjuran edisi kelapan yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November, sejak ia mula diperkenalkan pada 2014.

 

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di