Sentiasa peka keperluan rakyat

BALINGIAN: Kerajaan Sarawak sentiasa peka terhadap kemudahan infrastruktur asas yang diperlukan penduduk di luar bandar.

“Kita tidak akan mengabaikan keperluan rakyat, lebihlebih lagi di kawasan luar bandar,” kata Adun Balingian Abdul Yakub Arbi.

“Malah Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di kawasan ini (luar bandar),” ujarnya merujuk kepada projek naik taraf jalan raya di Rumah Panjang Tuai Rumah Ding dan Jingap, Sungai Setejok.

Satu lagi projek yang berkaitan ialah tapak parkir kereta Rumah Jinggap.

Kedua-dua projek tersebut telah siap.

Tuai Rumah, Jinggap Tugang amat bersyukur terhadap projek tersebut.

Katanya, ia akan memudahkan kegiatan harian penduduk di sini. Sementara itu, Abdul Yakub turut menyaksikan penyerahan Dewan Serbaguna, Kampung Bedanga Ulu, Mukah yang telah siap sepenuhnya.

Menurut beliau, projek tersebut adalah untuk kegunaan penduduk kampung melaksanakan riadah dan pelbagai program.

Dewan tersebut mempunyai pentas, ruang legar yang memuatkan gelanggang badminton, tandas dan sebuah stor penyimpanan.

Suara Sarawak