Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sentoria diarah bayar hampir RM250,000, lewat siap dan serah rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Presiden TTPRS Trabawan Mandi (tengah) bersama-sama dua Ahli Panel Alhadi Ibrahim(kiri) dan Simon Woon Ta Meng(kanan).
Presiden TTPRS Trabawan Mandi (tengah) bersama-sama dua Ahli Panel Alhadi Ibrahim(kiri) dan Simon Woon Ta Meng(kanan).

KUCHING: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembelian Rumah Sarawak (TTPRS) di sini, hari ini, memerintahkan syarikat Sentoria Borneo Land Sdn Bhd untuk menjelaskan enam kes Denda Lewat Penyerahan Rumah (LAD) dan lewat menyiapkan kemudahan bersama berjumlah RM249,696.37 kepada pembeli.

Presiden TTPRS Trabawan Mandi berkata, tuntutan itu hendaklah dilangsaikan dalam tempoh 45 hari.

“Pemaju perlu melangsai pembayaran tersebut kepada pembeli dalam tempoh 45 hari selepas menerima surat daripada mahkamah.

“Sekiranya gagal menjelaskan denda, pemaju boleh dikenakan untuk prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Sesi Pendengaran Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak(TTPRS) di Mahkamah TTPRS di sini, hari ini.

Tambah beliau, untuk pendengaran kes selama tiga hari berturut-turut, sebanyak RM415,241.32 bagi 15 kes pelbagai tuntutan.

Jelasnya, tuntutan terbabit melibatkan lewat menyiapkan kemudahan bersama, dan kes kecacatan dan tidak mematuhi spesifikasi contohnya kecacatan di tempat letak kereta, bumbung dan sebagainya.

Pendengaran kes terbabit dipengerusikan oleh Presiden TTPRS Trabawan Mandi serta dua Ahli Panel iaitu Alhadi Ibrahim dan Simon Woon Ta Meng.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan