Trending

Seo Won Hyun Kyung Kahwin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PELAKON Korea Selatan drama The Second Husband, Cha Seo Won pada 5 Jun lepas mengumumkan pernikahannya dengan Uhm Hyun Kyung.

Dia memutuskan memaklumkan kepada peminatnya secara peribadi dengan surat tulisan tangan, mendedahkan pernikahan dan kehamilan isterinya itu.

“Kami mula melihat satu sama lain dengan perasaan yang baik dan kini tiba masanya kami memikirkan perkahwinan,” katanya menerusi surat tersebut.

Seo Won turut memaklumkan pada musim bunga lalu selepas menamatkan drama The Second Husband, dia mendaftar perkhidmatan ketenteraan wajibnya sebagai askar bertugas aktif pada November ini.

Hyun Kyung yang berehat sejak menamatkan drama tersebut berhasrat memberi tumpuan kepada kesihatan dan kehamilannya buat masa ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru