ARTIKEL

Dr Mohd Na'im (kanan) menyantuni bakal jemaah haji dari kumpulan ke-38 yang berlepas ke tanah suci dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 5013 pada 2.15 pagi 22 Mei lepas di KLIA.

Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG, Selangor: Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital di Makkah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ditemui pemberita selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.

“Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.

“Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah,” katanya.

Mohd Na’im berkata TH akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma bagi Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

“Saya sendiri telah hubungi waris, iaitu anak Allahyarham, dan menaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya,” katanya.

Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fizikal sudah tidak mampu melaksanakannya.

Sementara itu, beliau mengingatkan bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh perhatian terhadap ibadat haji serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata operasi haji dikendalikan TH ketika ini berjalan lancar, dengan 16,000 bakal jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Makkah sejak penerbangan pertama pada 9 Mei.

“TH sentiasa diingatkan untuk memberikan beri perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji.

“Saya ingin nasihat jemaah haji yang telah tiba di tanah suci dan akan berangkat supaya sentiasa perkukuh ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji,” katanya.

Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun. – BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

BERITA TERBARU