ARTIKEL

Seorang daripada dua mangsa keropok beracun meninggal dunia hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULIM: Seorang daripada dua beradik lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Ahad lepas meninggal dunia pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata mangsa Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, meninggal dunia pada kira-kira 8.30 pagi tadi, di Hospital Pulau Pinang.

“IO (pegawai penyiasat) sedang dalam perjalanan ke hospital berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, ibu kanak-kanak itu Nurain Hasnorizal, 25, dilaporkan berkata anak sulungnya itu didapati paling kritikal berbanding adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kerana langsung tidak memberi tindak balas.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus dan kejadian disedari ibu mereka pada 11 pagi selepas mendapati anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.

Kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan rumah mereka, dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja