ARTIKEL

Seorang guru wanita rugi RM78,000 gara-gara tawaran kerja tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR GAJAH: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM78,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu berkata guru teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di syarikat swasta yang berusia 27 tahun itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatApps daripada seorang individu bernama ‘Yasmin’ pada 31 Mac lepas pada 5.57 petang ketika berada di rumahnya di sini.

“Suspek telah menawarkan kerja untuk pengadu membuat ulasan di tempat-tempat yang terdapat dalam Google Maps dan mangsa bersetuju serta menjalankan tugas sepertimana yang diarahkan.

“Semasa menjalankan tugasnya, guru terbabit diarahkan untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank terlibat untuk tujuan membantu menambah keyakinan pelabur terhadap syarikat dan mangsa membuat pembayaran atas dasar pelaburan kepada syarikat suspek,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa melakukan pindahan wang miliknya secara berperingkat pada 1 dan 2 April berjumlah RM78,000 ke dalam akaun yang diberikan.

Arshad berkata mangsa kemudian menyedari bahawa dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah semalam.

Beliau berkata bagaimanapun, selepas laporan polis dibuat, mangsa hanya menerima wang sebanyak RM46 dan dijanjikan akan dibayar lagi kemudian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan tawaran sedemikian.

“Masyarakat juga diminta supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU