ARTIKEL

Seorang hilang, lima selamat bot terbalik di Muara Rajang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Seorang nelayan hilang manakala lima lagi terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Barat Laut Tanjung Jerijeh, Muara Rajang, hari ini.

Insiden berlaku pada awal pagi itu dipercayai berpunca daripada keadaan cuaca buruk dan laut yang bergelora.

Setakat ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun difahamkan maklumat berhubung kejadian diterima daripada seorang lelaki dari Persatuan Nelayan Sibu.

Panggilan diterima Bilik Operasi Zon Maritim Tanjung Manis sebelum operasi menyelamat dilancarkan.

Difahamkan, semua nelayan yang terselamat dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada jam 2.00 petang tadi sebelum dihantar di Klinik Kesihatan Belawai untuk rawatan lanjut.

Operasi SAR mengesan seorang lagi yang masih hilang sedang dipergiatkan dengan bantuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Tanjung Manis, PDRM Belawai dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU