Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Seorang lagi suspek samun kedai makan di Jalan Stutong ditangkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ahsmon bercakap kepada media selepas menghadiri Program Pemberian Dos Penggalak Vaksin Covid-19 di Rumah Perkep IPD Kuching, di sini hari ini.

KUCHING: Seorang lagi suspek samun kumpulan bersenjata yang menyamun sebuah kedai makan di Jalan Stutong, di sini berjaya ditangkap polis semalam.

Tangkapan suspek dibuat oleh pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan suspek ditangkap jam 7.30 malam di Daerah Kuching.

Ahsmon bercakap kepada media selepas menghadiri Program Pemberian Dos Penggalak Vaksin Covid-19 di Rumah Perkep IPD Kuching, di sini hari ini.

“Dalam masa yang sama, kita turut merampas kereta yang digunakan dan beberapa yang lain yang ada kaitan dengan siasatan.

“Suspek yang kita tangkap ini berumur 23 tahu, juga memiliki beberapa rekod lampau berkaitan dengan dadah, harta benda termasuk pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Pemberian Dos Penggalak Vaksin Covid-19 di Rumah Perkep IPD Kuching, di sini hari ini.

Berhubung nombor pendaftaran kereta yang digunakan, Ahsmon berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan selanjutnya.

Katanya, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, kes tersebut berjaya diselesaikan.

Terdahulu, salah seorang daripada suspek berjaya ditangkap kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Suspek berumur 36 tahun itu memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dadah serta curi harta benda.

Suspek dibawa ke Mahkamah hari ini untuk pemohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru