ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik

Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).


Wartawan itu dikenal pasti sebagai Sari Mansour dari kem pelarian Bureij di tengah Gaza, lapor Agensi Anadolu.


PJS berkata dalam kejadian yang berlaku pada awal Sabtu itu, wartawan dan penganalisis politik Mustafa al-Sawwaf turut terbunuh bersama beberapa ahli keluarganya.


PJS berkata angka kematian membabitkan wartawan Palestin sejak 7 Okt melonjak kepada 79 manakala 29 wartawan lagi ditahan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU