ARTIKEL

Seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia yang ditahan ketika masuk secara haram ke negeri ini menggunakan jalan tikus di sekitar sektor Lubok Antu iaitu 100 meter dari sempadan Malaysia - Indonesia.

Seorang lelaki, dua wanita Indonesia ditahan ketika masuk secara haram melalui sempadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Cubaan seorang lelaki dan dua wanita warganegara Indonesia masuk secara haram ke negeri ini menggunakan jalan tikus di sempadan gagal apabila ditahan oleh anggota tentera darat.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) menerusi satu kenyataan, berkata kesemua mereka ditahan kira-kira jam 1 petang tadi, ketika masuk menggunakan dua buah motosikal dari arah sempadan Indonesia ke Malaysia, di sekitar sektor Lubok Antu iaitu 100 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia.

” Hasil pemeriksaan mendapati seorang lalaki berusia 25 tahun dan dua wanita berusia 20 dan 21 tahun itu cuba memasuki negara ini melalui laluan yang tidak sah,” katanya.

Kenyataan itu menambah, pemeriksaan ke atas barangan yang dibawa termasuk dua buah motosikal, telefon bimbit dan barangan peribadi yang dianggarkan berjumlah RM13,000 itu mendapati tiada barang terlarang dan berbahaya dijumpai.

Katanya kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu kemudian dibawa ke sempadan Pos Pemerhati Nanga Badau Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) untuk dibuat pengusiran pulang ke Indonesia.

BERITA LAIN

Polis cari tiga lelaki bakar anak kucing

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru,

Lima jam kejar bot nelayan asing

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam selepas mengejarnya selama lima jam kira-kira 80 batu nautika

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland