ARTIKEL

Seorang lelaki maut, putus tangan kiri insiden letupan di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki maut dalam satu letupan yang berlaku di sebuah pusat kitar semula besi buruk di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.30 petang.


“Anggota bertugas kaunter aduan Balai Polis Sibu Jaya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan berlaku letupan tong minyak.


“Bertindak atas maklumat awam, pada tarikh yang sama sepasukan polis dari Balai Polis Sentral Sibu dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bersama-sama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.


Zulkipli berkata, apabila sampai di tempat kejadian, pihak polis menemui seorang mangsa lelaki terbaring di tanah dan meninggal dunia.


Menurutnya, pemeriksaan tubuh badan si mati mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan putus tangan kiri.


“Mangsa merupakan warga tempatan berumur lingkungan 37 tahun.


“Saksi awam ditemui di tempat kejadian mengatakan, sebelum kejadian saksi ternampak mangsa memegang sebatang besi dan menuju ke arah bengkel yang ada di alamat kejadian,” jelas beliau.


Punca kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa memotong batang besi yang dibawanya di atas sebuah tong minyak jenama Repsol dengan menggunakan pemotong oksigen.


Akibat kepanasan tong minyak hidraulik tersebut, tegasnya ia mengembang dan meletup.


Rentetan itu, Zulkipli berkata, kejadian tersebut tidak mengakibatkan kerosakkan atau kecederaan yang lain.


“Tiada sebarang unsur jenayah berlaku. Mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu.


“Bedah siasat dijalankan pada 19 April bagi mengetahui punca kematian,” tegasnya.
Zulkipli juga berkata, kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.


Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kejadian yang berlaku.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA